Ada apa pada rindu

Assalamualaikum.. selamat malam diri sendiri 😄
Rindu... satu perasaan bila mana kita terasa ingin kembali ke masa lampau mahupun teringin bersama kembali dengan seseorang yang dah lama tidak bertemu ataupun ingin kembali ke ssuatu peristiwa yang tidak dapat dilupakan.
Rindu. Adakala ia menguatkan. Adakala ia melemah kan... jika ia menguatkan ia akan membawa kita lebih dekat dengan Rabbul Alamin...  jika ia melemahkan ia membawa aura negatif pada diri kita. Seterusnya ia menjadikan kita kearah lebih negatif...

Aku bukan nak kupaskan apa makna rindu .. apa konsep rindu dan sebagainya.. huhu. Aku cuma mahu berkongsi dengan apa yang aku rindukan buat masa ni. Aku bukanlah ahli falsafah yang mahir dengan bab2 emosi mahupun kaunseling. Cuma sekadar mahu bercerita sedikit kisah masa lalu yg aku rindu.

Rindu pada zaman belajar. Rindu zaman diploma. Rindu bersama sahabat dan senior.. ehem. Yg part senior tu sebab banyak belajar darinya. Banyak mintak pendapat darinya. Yang sentiasa menegur apa yang aku tersilap..

Rindu zaman kelas. Setiap habis kelas. Muka ni lah yg rajin jumpa lecturer tanya macam2. Aku rasa.. lecturer pn dah penat tgk muka aku kot. Hampir setiap hari.. kadang2 bukan berkaitan topik yg aku belajar pada ketika itu. Sekadar pertanyaan yang melibatkan isu2 semasa yg buat aku terfikir berhari2... rindu suasana dalam kelas... rindu lecturer yang banyak bagi nasihat yang akan buat aku terfikir banyak kali... ingat lagi salah satu kata2 dri lecturer aku.
"Kenapa kamu dapat kos agama?.mngkin bg kamu sbb minat mahupun disuruh oleh ibu bapa....tapi kamu fikir tak yg kamu dpt kos agama ni. Kerna Allah yang pilih kamu... Allah pilih kamu untuk membawa ilmu2 yang ada untuk dikongsi bersama sahabat mahupun keluarga kamu.. maka pelajari lah sebaiknya"

Itu antara kata2 yg aku ingat sampai sekarang...
Kata2 negatif org luar berkaitan budak agama. Lupakan. Semua org tak sempurna... semua org buat silap. Bahkan aku sendri pn buat silap.

Aku rindu diri aku yang rajin mencari ilmu. Tak kisah la dari mana2 sumber pn hatta dri sheikhul google sekalipn..Mencari kata2 nasihat.. merenung alam sambil koreksi diri...
Aku rindu aku yg dlu... sekarang aku sememang tak sama dari yg dlu.. okay mmg menangis bila terkenangkan akan diri ni...

Allahu lekanya diri ni. Lalainya diri ini...
Aku perlukan juga seseorang yang dapat membawa aku kembali pada jalan yang penuh dengan ilmu...

Sebab tu aku rindu... rindu aku yang dulu. Rindu zaman menjadi tolibul ilm.... moga aku dapat kembali pada diri itu. Sedang lagi mencari identiti diri.. moga Allah permudahkan. Allahumma Ameen. Titik

0 comments:

Catat Ulasan