Ada apa pada rindu

Assalamualaikum.. selamat malam diri sendiri 😄
Rindu... satu perasaan bila mana kita terasa ingin kembali ke masa lampau mahupun teringin bersama kembali dengan seseorang yang dah lama tidak bertemu ataupun ingin kembali ke ssuatu peristiwa yang tidak dapat dilupakan.
Rindu. Adakala ia menguatkan. Adakala ia melemah kan... jika ia menguatkan ia akan membawa kita lebih dekat dengan Rabbul Alamin...  jika ia melemahkan ia membawa aura negatif pada diri kita. Seterusnya ia menjadikan kita kearah lebih negatif...

Aku bukan nak kupaskan apa makna rindu .. apa konsep rindu dan sebagainya.. huhu. Aku cuma mahu berkongsi dengan apa yang aku rindukan buat masa ni. Aku bukanlah ahli falsafah yang mahir dengan bab2 emosi mahupun kaunseling. Cuma sekadar mahu bercerita sedikit kisah masa lalu yg aku rindu.

Rindu pada zaman belajar. Rindu zaman diploma. Rindu bersama sahabat dan senior.. ehem. Yg part senior tu sebab banyak belajar darinya. Banyak mintak pendapat darinya. Yang sentiasa menegur apa yang aku tersilap..

Rindu zaman kelas. Setiap habis kelas. Muka ni lah yg rajin jumpa lecturer tanya macam2. Aku rasa.. lecturer pn dah penat tgk muka aku kot. Hampir setiap hari.. kadang2 bukan berkaitan topik yg aku belajar pada ketika itu. Sekadar pertanyaan yang melibatkan isu2 semasa yg buat aku terfikir berhari2... rindu suasana dalam kelas... rindu lecturer yang banyak bagi nasihat yang akan buat aku terfikir banyak kali... ingat lagi salah satu kata2 dri lecturer aku.
"Kenapa kamu dapat kos agama?.mngkin bg kamu sbb minat mahupun disuruh oleh ibu bapa....tapi kamu fikir tak yg kamu dpt kos agama ni. Kerna Allah yang pilih kamu... Allah pilih kamu untuk membawa ilmu2 yang ada untuk dikongsi bersama sahabat mahupun keluarga kamu.. maka pelajari lah sebaiknya"

Itu antara kata2 yg aku ingat sampai sekarang...
Kata2 negatif org luar berkaitan budak agama. Lupakan. Semua org tak sempurna... semua org buat silap. Bahkan aku sendri pn buat silap.

Aku rindu diri aku yang rajin mencari ilmu. Tak kisah la dari mana2 sumber pn hatta dri sheikhul google sekalipn..Mencari kata2 nasihat.. merenung alam sambil koreksi diri...
Aku rindu aku yg dlu... sekarang aku sememang tak sama dari yg dlu.. okay mmg menangis bila terkenangkan akan diri ni...

Allahu lekanya diri ni. Lalainya diri ini...
Aku perlukan juga seseorang yang dapat membawa aku kembali pada jalan yang penuh dengan ilmu...

Sebab tu aku rindu... rindu aku yang dulu. Rindu zaman menjadi tolibul ilm.... moga aku dapat kembali pada diri itu. Sedang lagi mencari identiti diri.. moga Allah permudahkan. Allahumma Ameen. Titik

pujuk hati dan fikiran agar tidak sentiasa negatif

Assalamualaikum. terutama kepada diri sendiri.. setelah 3 bulan.. kembali lagi.
sebenarnya aku pun hampir lupa yang aku ada blog. huhu.

sekadar lembaran bisu yang setia menemani mengetahui segala luahan hati mahupun apa yang aku cuba sampaikan..

Hati..... yang menyimpan pelbagai rasa mahupun rahsia.. seribu satu emosi kita bermain dalam hati
Fikiran menyimpan segala jalan cerita mahupun kenangan..membezakan antara baik dan buruk. tentukan apa yang kita perlukan sebelum bertindak...

haihla. aip mengeluh pulak kali ni...
tgh cuba pujuk hati and fikiran untuk sentiasa positif.. kadang2 terbabas gak. tu yg buat aku agak terkilan... sedih kot.. apa yang aku cuba buat tak menjadi. huhu..

tahun ni aku cuba menjadi positif sebaik mungkin. tolak tepi segala perasaan yang akan merosakkan hati ni... cukup cukup.. aku taknak negatif lagi... sebab tu sedaya upaya aku cuba pujuk diri ni.. perlukan someone untuk sokong aku... tp aku cuma mampu simpan seorang diri.. sabar fika sabar....
usaha capai apa yang aku mahukan....

lupakan perkara yang tak sepatutnya.. abaikan jela benda tak penting...

next time sambung

ahfee
11.51pm
5/5/2016

Majlis ilmu adalah taman bagi Tolibul Ilm

Assalamualaikum

harini cuba paksakan diri untuk menaip... taknak terbiar lama tanpa post.
Harini ada event anjuran company kat tempat kerja.... jemput speaker dari luar untuk bagi talk
. tapi last year lagi banyak talk dari speaker yg hebat... setiap kali aku berada dalam dewan... tak kisah la mana2 program pun... aku rasa aku mcm kecik sgt.. ruang sekeliling terasa luas... bila kita berada dalam program yang bermanfaat.. hati kita mesti tenang sangat... seronok sangat.. kadang2 aku lebih suka mendengar dari membaca.. tengok mood jugak la.. tapi impian nak ada mini library kat rumah sendiri tu insyaAllah suatu hari nanti...

kita sebagai manusia yang hidup kat muka bumi.. kena mencari ilmu.... cara nak siang ikan tu pun ilmu gak... tapi benda yang tak elok tu. tak payah la belajar kan... mmg takde benefit la...

ada satu hadis yang berkaitan dengan menuntut ilmu

طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ وَمُسْلِمَةٍ
Artinya : ”Mencari ilmu itu adalah wajib bagi setiap muslim laki-laki maupun muslim perempuan”. (HR. Ibnu Abdil Barr)

alangkah ruginya bagi sesiapa yang tidak mahu menuntut ilmu... ibarat hati dan minda mereka kosong tanpa sesuatu..
rugi bukan....
lagipun bila kita pergi majlis ilmu.. kita boleh berkenalan dengan ramai orang.. takpun kita akan terserempak dengan kenalan lama... indah kan... erat silatulrahim kerana Allah...

sebolehnya.. pergilah ke mana2 majlis ilmu yang ada... rebutlah masa yang ada... ada keberkatan disitu nanti..
moga dengan ilmu kita dapat kita akan menjadi orang yang hebat... insyaAllah...

if aku ada penambahan berkaitan tajuk.. aku akan tambah pada next entri insyaAllah. doakan aku agar diberi lebih banyak ilham...

CRUSH

Assalamualaikum

untuk entri kalini. aku takkan taip apa2
aku akan hanya share satu link yang berkaitan dengan tajuk
moga bermanfaat untuk semua.. terutamanya diriku
insya Allah

senyum*

http://www.tarbiahsentap.com/2014/07/boleh-ke-ada-crush.html

Dari satu huruf menjadi satu cerita

Assalamualaikum

Rajinnya aku dok menaip. Buat masa ni guna fon jela disebabkan anak2 ni sibuk nak tengok kartun kat laptop. Redha jela....just nak story... pernah kan bila kita selalu tengok balik status or tweet lama kat fb n twitter. Kadangkala kita mesti fikir "Eh..aku ke yg update ni? Apa kes geli gila aku update tu"

Lebih kurg camtu lah ayat kita. Kadang2 masa kita update tu kita takkan sedar apa yang kita katakan. Lagi status yg berbaur amarah... tu lagi menambah perasa. Cuba baca balik status marah tu. Mesti kita akan termalu sendri.  Contohnya aku sendiri la. Aku pun manusia biasa. Dulu tu mesti la pernah dok update bukan2. Serius malu sangat bila baca balik. Time zaman sekolah la... rasa nak hantuk je kepala aku ni.

Masa dah masuk kolej. Start 2012 barulah ada selit sikit status or tweet islamik. Alhamdulillah bila aku baca balik. Aku tersenyum sendiri.  Sekurangnya apa yang aku pernah update dulu tu menjadi ingatan untuk aku pada masa kini.  Kita manusia ni mmg pelupa. Sekarang pun ada masanya aku update benda yg bukan2. Aku pun manusia biasa. If rasa dah tersedar tu. Cepat2 aku akan padam....cepat2 la betulkan diri if dah nampak kesalahan tu.

Satu je aku nak katakan.. if kita nak share something... pastikan ia bukan benda yg terlalu merepek. Lg2 perempuan yg update sakit bila time datang bulan. Rasanya tak perlu la kan bila nk update mcm tu. Takkan la nak bgtau satu dunia yg kau tgh dtg bulan kan. Agak2 ler. Ni sebagai contoh la. Kalau boleh cuba untuk update benda yg mendatangkan manfaat pada org lain. Tp ada satu masa kita mmg akan jd spoil gak. Biasa la kan. Yang penting kita tahu limit kita. Tajdid balik niat kita sebelum share something.  Moga kita akan dapat ganjaran pahala dari apa yang kita kongsikan. Moga Allah redha....
Titik..... Barakallahu feekum.